TERIMA KASIH DAUN KELADI DATOK!
Tanggal 14 Disember satu Ceramah Kemenangan Lunas
telah diadakan di Kampung Keladi, Kulim. Kampung Keladi ini terletak di dalam DUN
Lunas dan merupakan kawasan UMNO TOTOK sehingga ada saranan untuk menukar namanya
kepada Estet Keladi!
Jika dilihat keputusan pilihan raya kecil Lunas
baru-baru ini, Kg. Keladi masih lagi berdiri di belakang MIC. Namun kelebihan undi
kali ini sebenarnya lebih mencerminkan kemerosotan sokongan yang diterima oleh
Barisan Najis. Pada PEMILU 1999 genap setahun yang lalu, Barisan Najis telah
menang di situ dengan kelebihan 246 undi berbanding dengan 97 undi di dalam
pilihan raya kecil baru-baru ini.
Di sebelah petang hari tersebut telah
heboh diperkatakan tentang permit polis yang tidak dikeluarkan kepada pihak
penganjur. Sebenarnya program tersebut sepatutnya diadakan di Pekan Lunas dan
permit polis telah dipohon. Tetapi pihak polis tidak mengeluarkan permit dan telah
mengarahkan agar ceramah diadakan di tapak lain.
Atas sebab itu pihak
penganjur telah mengubah tapak ceramah ke Kampung Keladi dan memohon permit buat
kali kedua. Di saat-saat akhir pihak polis masih juga keberatan untuk mengeluarkan
permit. Oleh kerana segala persediaan telah dibuat.......pentas dan pondok berucap
telah dipasang, gerai-gerai 'pasar malam' telah didirikan, surat-surat jemputan
telah diedarkan, publisiti telah meluas........adalah mustahil dan tak masuk dek
akal untuk membatalkannya.
Banyak pulak SONGELnya pihak berkuasa kali ini.
Sebelum ini pihak berkuasa di Utara begitu bekerjasama dan tidak pernah
mengecewakan di dalam mengeluarkan permit untuk ceramah BA. Ini sudah tentu kerja
si DOLLAH A/L BADWI tu yang sibuk menggembar gemburkan soal INTIFADAH. Haram jadah
sungguh manusia yang sorang ni!
Namun dengan kuasa dan izin Allah s.w.t,
program telah berlangsung dengan amannya. Kehadiran puluhan ribu penyokong mungkin
telah membantutkan niat pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan itu.
Sesungguhnya berita tentang ketiadaan permit itu telah menggamit lebih ramai lagi
untuk hadir. Masing-masing yang hadir pada malam itu kelihatan begitu bersemangat
sekali untuk berhadapan dengan segala macam kemungkinan. Manakan tidak, kesesakan
lalu lintas sepanjang beberapa kilometer dari tapak ceramah dan kehadiran ramai
puak-puak polis dihadapi dengan tenang sahaja.
Tidak kurang juga
yang ditahan oleh polis sewaktu hendak memasuki jalan ke Kampung Keladi dan telah
diberi amaran oleh polis akan risiko menghadiri ceramah tanpa permit itu. Apabila
ditanya oleh pihak polis akan arah tujuan mereka tanpa berselindung mereka
memberitahu niat untuk ke tempat ceramah. Dalam pada itu, maklumat diterima akan
kehadiran beberapa trak FRU yang telah pun berkubu di Balai Polis Kulim. Macam ada
apa-apa je....
Penceramah-penceramah jemputan terdiri dari YB Saifuddin
Nasution, YB Mahfuz Omar dan Sdr.Aris Awang (Ketua DPP PAS Kedah). Kesemua ceramah
adalah berkisar tentang kemenangan Lunas di dalam pilihan raya kecil baru-baru
ini.
Suasana meriah jelas tergambar apabila ramai dari kalangan
petugas-petugas sukarela pilihan raya yang lepas berpeluang bersua muka dan
bertukar-tukar cerita. Ada seorang petugas yang mengakui betapa beliau amat
merindui suasana kerja semasa pilihan raya dan merasa begitu sunyi pula selepas
pilihan raya berakhir.
YB Saifuddin berucap dengan suara yang agak serak
dan kelihatan letih. Mungkin kerana tidak henti-henti berucap sejak kempen dahulu
hingga kini dan menerima jemputan yang tidak kunjung padam dari merata tempat.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan mewakili semua masyarakat tanpa
mengira kaum mahupun fahaman politik.
Yb Mahfuz tiba lewat sedikit akibat
penangguhan penerbangan dari KL. Hari itu juga beliau berkesempatan menghadiri
sidang parlimen yang terakhir. Suasana penuh gamat dengan cerita beliau tentang
peristiwa di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen Barisan Najis seperti JJ, Najib Mulut
Merah dan MADEY MAHAKUTTY asyik menyindir dan mengusik-ngusik beliau sebagai
HERO PALESTIN @ HERO SANDIWARA.
Setelah bersabar sekian lama, beliau
akhirnya mencabar Najib yang beriya-iya menyuruh beliau ke Palestin agar
menyediakan segala kemudahan untuk sukarelawan ke Palestin berjuang menentang
Israel. Beliau sendiri akan menyeru dan menghimpun para sukarelawan bagi
tujuan tersebut. Para hadirin bertakbir dengan bersemangat sekali pada waktu ini.
Senyap pulak puak-puak penyindir tu selepas dicabar!
Ceramah berakhir
mengikut waktu yang dihadkan di dalam permit, kebiasaannya. Puak berunifom masih
lagi berlegar-legar di situ. Tiada pula nampak tanda-tanda sesuatu yang pelik akan
berlaku seperti yang dikias-kiaskan oleh mereka sendiri sebelum itu. Namun rasanya
tidak sia-sia juga pepuak itu datang beramai-ramai malam itu. Selain boleh
mendapat elaun lebih masa, dapat jugalah halwa telinga buat pembuka mata hati yang
tertutup selama ini.
Apa-apapun......TERIMA KASIH DAUN KELADI,
Datokkkkk!!.. .....lain kali jangan kedekut nak bagi........
LAWAN
TETAP LAWAN! ALLHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000
|